Monday 28 November 2011

PROGRAM MESRA MINDA PELAJAR ORANG ASLI CEMERLANG BERSAMA PELAJAR SEK. KEB. AYER MERAH, MACHANG KELANTAN

Pada 1 & 2 November 2011, PMOA JAKIM Kelantan telah menjadi urusetia Program Mesra Minda Pelajar Orang Asli Cemerlang Bersama Pelajar Sek. Keb. Ayer Merah, Machang Kelantan. Seramai 8 Orang pelajar Asli cemerlang telah di bawa ke program ini.

PMOA Nik Zaki memperkenalkan pelajar Orang Asli cemerlang kepada pelajar SK Ayer Merah

PMOA Us Sahabudin mengimamkan Solat Isyak

Penyelaras PMOA memberi sedikit taklimat kepada ibubapa & pelajar

Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan dan di kemudikan oleh PMOA & pelajar Asli cemerlang

Guru Besar SK Ayer Merah memberikan cenderamata kepada PMOA & pelajar Asli cemerlang

PMOA Us. Nik Zaki memberi cenderamata kepada Guru Besar SK Ayer Merah bagi pihak JAKIM

Tuesday 15 November 2011

Sekalung Tahniah dan Syabas dari Warga PMOA Negeri Kelantan Kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman Mustapha; KP JAKIM

Seluruh warga kerja PMOA Negeri Kelantan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-42.
Dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran pada 12 November 2011 (Sabtu) baru-baru ini, Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha telah dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.).
Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Sesungguhnya ia merupakan harapan dan kebanggaan bagi kami kepada Y.Bhg. Dato’ yang sememangnya layak dengan gelaran tersebut. 
Kami seluruh warga PMOA Negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim di atas penganugerahan tersebut. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan mempermudahkan segala urusan Y.Bhg. Dato’ bagi mentadbir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.)

Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-42.

Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim bersama isteri.

Saturday 22 October 2011

KEHIDUPAN PMOA JAKIM KOA GALANG DI DALAM LAPORAN KHAS RTM

Pada Februari 2011, Radio Televisyen Malaysia(RTM) telah membuat laporan dan menyiarkan dalam Laporan Khas di TV 1 tentang kehidupan PMOA dalam menyebarkan agar Islam di KOA Galang, Pos Hau sempena dengan sambutan MaulidurRasul. Laporan ini di siarkan 2 hari berturut-turut di RTM.

Laporan 1

Laporan 2


ZIARAH DAKWAH KE KAMPUNG ORANG ASLI SINTANG, POS BLAU

Pada 19 Oktober 2011, Penyelaras PMOA JAKIM Negeri Kelantan, Us. Fadzli Bin Ibrahim bersama 6 orang PMOA telah menziarahi penduduk KOA Sintang di Pos Blau. Penduduk kampung telah memberikan kerjasama yang memberangsangkan sepanjang lawatan. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara PMOA JAKIM dan penduduk Orang Asli.

 Penyelaras PMOA bersama PMOA menziarahi penduduk Orang Asli yang lumpuh

 Penyelaras PMOA, Us. Mohd Fadzli Ibrahim menyampaikan sedikit sumbangan kepada Orang Asli

 PMOA Pos Blau, Us. Mohd Fadzli Abdul Rahman memberikan sumbangan kepada penduduk kampung sambil diperhatikan oleh Penyelaras PMOA JAKIM

Penyelaras PMOA & PMOA JAKIM beramah mesra dengan penduduk Orang Asli

 Us. Fadzli mendengar rintihan masalah daripada Tok sidan Pos Blau





Saturday 15 October 2011

PROGRAM RAMAH MESRA PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI KOA KUALA WOK

Pada 12 Oktober 2011, Program Ramah Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli telah diadakan di KOA Kuala Wok, Gua Musang Kelantan. PMOA JAKIM Kelantan turut bekerjasama dalam menjayakan program tersebut. Program tersebut dihadiri oleh ADUN Nenggiri, YB Mat Yusof Bin Abdul Ghani. Program ini juga dihadiri oleh Ketua Penyelaras PMOA JAKIM Kelantan.

PMOA Kelantan sedang membuat persiapan untuk memasak

Makanan sedang diagihkan kepada penduduk kampung oleh PMOA JAKIM

YB beramah  mesra bersama Penyelaras & PMOA JAKIM bagi kawasan ADUN Nenggiri

YB bersama rombongan sedang menjamu selera bersama Penyelaras PMOA Kelantan

Sebahagian penduduk kampung yang hadir untuk mendengar ucapan YB Nenggiri

Persembahan daripada penduduk kampung

Barisan VIP sedang mendengar persembahan daripada penduduk kampung


Saturday 1 October 2011

PROGRAM LAWATAN AMAL PUSPANITA NEGERI KELANTAN BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI POS SUNGAI RUAL, JELI KELANTAN

Pada 28 September 2011, PUSPANITA Negeri Kelantan telah mengadakan program lawatan amal ke Pos Sungai Rual, Jeli Kelantan. PMOA JAKIM turut memberikan kerjasama dalam menjayakan program tersebut. Dalam program itu juga telah diadakan majlis perkahwinan beramai-ramai iaitu seramai 7 pasang semuanya. Pengantin telah di raikan dengan meriah sekali.

PMOA Us. Ruzli bersungguh menolong Orang Asli memakai Sampin

PMOA Ust. Murni sedang mendandan pengantin lelaki

Pengantin bersama-sama Mak Andam daripada PMOA Negeri Kelantan

PMOA Us. Ramli & Us. Syukri sedang mengatur tempat untuk pasangan pengantin dan wali

Imam masjid Jeli sedang menikahkan Orang Asli dan 2 orang PMOA menjadi saksi dalam pernikahan ini

PMOA Us. Wan Azri & Us. Faiz Khalil mengetuai rombongan VIP dan pengantin dengan berselawat ke dewan persandingan

Video Persandingan pasangan saudara baru Orang Asli

Saturday 24 September 2011

PERBINCANGAN PENGUMPULAN DATA MAKLUMAT ORANG ASLI ISLAM NEGERI KELANTAN TAHUN 2011

Pada 21 & 22 September 2011, PMOA Negeri Kelantan telah mengadakan satu Perbincangan Pengumpulan Data Maklumat Orang Asli Islam Tahun 2011. Perbincangan ini telah diadakan di Pustaka Az-Zahra Kota Bharu, Kelantan.

PMOA bergambar bersama Penyelaras selepas selesai Perbincangan

Penyelaras PMOA sedang bertanyakan soalan kepada PMOA Pos Tuel yang sedang membentangkan kertas kerja taburan penduduk Orang Asli Pos Tuel

PMOA Lambok & Tohoi sedang membentangkan kertas kerja

Penyelaras PMOA mengetuai PMOA membuat senaman ringan membetulkan urat setelah penat mendengar pembentangan PMOA

LAWATAN PENYELARAS PMOA NEGERI KELANTAN KE POS BLAU

Pada 20 September 2011, Penyelaras PMOA Negeri Kelantan Us. Mohd Fadzli Bin Ibrahim dan beberapa orang PMOA lagi telah meluangkan masa melawat KOA Blau, Pos Blau. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menziarahi keluarga Orang Asli yang baru meninggal dunia di samping untuk berjumpa dan beramah mesra dengan orang kampung.

 Penyelaras PMOA Negeri Kelantan memberi sumbangan kepada Orang Asli 

Penyelaras & PMOA bertegur sapa dengan JKK Kampung Blau

Penyelaras PMOA menziarahi keluarga si mati dan memberi sedikit sumbangan

Penyelaras PMOA sempat berjumpa dengan Guru Besar SK Blau yang baru untuk bertanya khabar

Saturday 17 September 2011

MENGURUS JENAZAH DI POS BLAU, GUA MUSANG

Pada 15 September 2011, satu kematian telah berlaku di Pos Blau. Seramai 7 orang PMOA telah di tugaskan untuk menguruskan jenazah tersebut, Alhamdulillah penduduk kampung telah memberikan kerjasama yang baik.

 Walaupun panas terik, PMOA Us. Nik Zaki tetap menaiki kenderaan bersama Orang Asli untuk menghantar jenazah ke tanah perkuburan

PMOA JAKIM sedang menguruskan jenazah di dalam kubur

PMOA mengetuai bacaan Tahlil dan disertai oleh Orang Asli yang beragama Islam serta guru SK Blau

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI 2011 DI POS SUNGAI RUAL, JELI KELANTAN

Pada 30 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432H, PMOA JAKIM telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama masyarakat Orang Asli Pos Sungai Rual, Jeli Kelantan. Seramai 7 orang PMOA yang terlibat. Majlis diserikan dengan kehadiran Penyelaras PMOA Negeri Kelantan Us. Salji Bin Abdul Manaf dan keluarga. Seramai 150 penduduk kampung yang datang pada majlis tersebut.


Alunan Takbir Hari Raya oleh Penyelaras PMOA Negeri Kelantan Us. Salji Bin Abdul Manaf

Khutbah Hari Raya disampaikan oleh PMOA Negeri Kelantan Us. Mohamad Syukri

PMOA JAKIM bekerjasama menghidangkan juadah untuk orang kampung

Orang kampung sedang menjamu selera memakan biskut raya



MAJLIS IFTAR DAN RAMAH MESRA GURU-GURU TAKMIR NEGERI KELANTAN DAN PMOA NEGERI KELANTAN / TERENGGANU BERSAMA KETUA PENGARAH JAKIM TAHUN 2011

Pada 20 Ramadhan 1432H bersamaan 20 Ogos 2011, Guru-guru Takmir dan PMOA Kelantan / Terengganu telah bekerjasama menjayakan Majlis Iftar dan Ramah Mesra Guru-guru Takmir Negeri Kelantan dan PMOA Negeri Kelantan / Terengganu bersama Ketua Pengarah JAKIM YBHG Tuan Haji Othman Bin Mustapha. Dalam majlis ini telah diadakan sesi dialog antara guru-guru Takmir dan PMOA Negeri Kelantan dengan Ketua Pengarah JAKIM. 
 
Penyelaras PMOA Negeri Kelantan Us. Mohd Fadzli Ibrahim memperkenalkan PMOA Negeri Kelantan kepada Ketua Pengarah JAKIM
Ketua Pengarah JAKIM menjawab soalan yang diajukan oleh Guru Takmir Negeri Kelantan dalam sesi dialog

Guru Takmir mengajukan soalan kepada Ketua Pengarah JAKIM


Guru-guru Takmir dan PMOA Negeri Kelantan sedang mengambil juadah untuk berbuka puasa