Tuesday 15 November 2011

Sekalung Tahniah dan Syabas dari Warga PMOA Negeri Kelantan Kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman Mustapha; KP JAKIM

Seluruh warga kerja PMOA Negeri Kelantan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-42.
Dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran pada 12 November 2011 (Sabtu) baru-baru ini, Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha telah dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.).
Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Sesungguhnya ia merupakan harapan dan kebanggaan bagi kami kepada Y.Bhg. Dato’ yang sememangnya layak dengan gelaran tersebut. 
Kami seluruh warga PMOA Negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim di atas penganugerahan tersebut. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan mempermudahkan segala urusan Y.Bhg. Dato’ bagi mentadbir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.)

Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-42.

Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim bersama isteri.

No comments:

Post a Comment