PEJUANG BELANTARA
- Homemain page
- free blogger templatesthe vendor
- Pecinta Bloggerblogger
- Subscribe to RSSkeep updated!
Thursday, 21 February 2013
Monday, 27 August 2012
PROGRAM IHYA RAMADHAN DI KOA PASIR LINGGI, POS LEBIR, GUA MUSANG, KELANTAN
Program Ihya’ Ramadhan 1433H di Pos Pasir Linggi, Pos Lebir telah diadakan pada 15 ogos 2012 bersamaan 26 ramadhan 1433H bertempat di surau Al-Ikhsan, Pos Lebir. Pengisian utama program ini adalah program berbuka puasa, solat Terawih dan bersahur bersama masyarakat orang asli islam. Peserta program pula terdiri dari semua golongan penduduk masyarakat orang asli di kampung ini. Peserta kali ini melibatkan seramai 80 orang .Penerapan tentang aspek berpuasa ini merupakan suatu hikmah dan motivasi yang diharapkan dapat meningkatkan semangat masyarakat orang asli untuk melatih puasa di bulan ramadhan.
PROGRAM IHYA RAMADHAN DI POS BLAU, GUA MUSANG, KELANTAN
Program Ihya’ Ramadhan 1433H di Pos Blau, Gua Musang, Kelantan telah diadakan pada 14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433H bertempat di surau PMOA JAKIM, Pos Blau. Pengisian utama program ini adalah majlis berbuka puasa, tazkirah, solat Terawih dan jamuan moreh bersama masyarakat orang asli beragama islam. Peserta kali ini melibatkan seramai 70 orang Asli yang beragama Islam. Program Ihya Ramadhan ini adalah anjuran PMOA JAKIM.
Monday, 28 November 2011
PROGRAM MESRA MINDA PELAJAR ORANG ASLI CEMERLANG BERSAMA PELAJAR SEK. KEB. AYER MERAH, MACHANG KELANTAN
Pada 1 & 2 November 2011, PMOA JAKIM Kelantan telah menjadi urusetia Program Mesra Minda Pelajar Orang Asli Cemerlang Bersama Pelajar Sek. Keb. Ayer Merah, Machang Kelantan. Seramai 8 Orang pelajar Asli cemerlang telah di bawa ke program ini.
PMOA Nik Zaki memperkenalkan pelajar Orang Asli cemerlang kepada pelajar SK Ayer Merah
PMOA Us Sahabudin mengimamkan Solat Isyak
Penyelaras PMOA memberi sedikit taklimat kepada ibubapa & pelajar
Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan dan di kemudikan oleh PMOA & pelajar Asli cemerlang
Guru Besar SK Ayer Merah memberikan cenderamata kepada PMOA & pelajar Asli cemerlang
PMOA Us. Nik Zaki memberi cenderamata kepada Guru Besar SK Ayer Merah bagi pihak JAKIM
Tuesday, 15 November 2011
Sekalung Tahniah dan Syabas dari Warga PMOA Negeri Kelantan Kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman Mustapha; KP JAKIM
Seluruh warga kerja PMOA Negeri Kelantan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-42.
Dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran pada 12 November 2011 (Sabtu) baru-baru ini, Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha telah dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.).
Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Sesungguhnya ia merupakan harapan dan kebanggaan bagi kami kepada Y.Bhg. Dato’ yang sememangnya layak dengan gelaran tersebut.
Kami seluruh warga PMOA Negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim di atas penganugerahan tersebut. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan mempermudahkan segala urusan Y.Bhg. Dato’ bagi mentadbir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.).
Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-42.
Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim bersama isteri.
Saturday, 22 October 2011
KEHIDUPAN PMOA JAKIM KOA GALANG DI DALAM LAPORAN KHAS RTM
Pada Februari 2011, Radio Televisyen Malaysia(RTM) telah membuat laporan dan menyiarkan dalam Laporan Khas di TV 1 tentang kehidupan PMOA dalam menyebarkan agar Islam di KOA Galang, Pos Hau sempena dengan sambutan MaulidurRasul. Laporan ini di siarkan 2 hari berturut-turut di RTM.
Laporan 1
Laporan 2
Laporan 2
Subscribe to:
Posts (Atom)
![](http://1.bp.blogspot.com/-T5n9l56NQVg/UDM5MG0rbTI/AAAAAAAAAZs/2HkocabPh3k/s220/jakim-logo.png)
PENGENALAN ( PMOA ) JAKIM
Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) ditubuhkan pada tahun 1993. Pada masa itu, PMOA Kelantan hanya seramai 8 orang. Kini PMOA yang ditempatkan di Kelantan adalah seramai 41 orang. PMOA ini ditempatkan di dalam kampung-kampung Orang Asli di seluruh Negeri Kelantan. Tugas-tugas PMOA adalah untuk mengajak Orang Asli mengenal Islam dan mengajar Orang Asli yang sudah memeluk Islam.