Thursday 21 February 2013



PEJUANG BELANTARA 


Monday 27 August 2012

PROGRAM IHYA RAMADHAN DI KOA PASIR LINGGI, POS LEBIR, GUA MUSANG, KELANTAN

Program Ihya’ Ramadhan 1433H di Pos Pasir Linggi, Pos Lebir telah diadakan pada 15 ogos 2012 bersamaan 26 ramadhan 1433H bertempat di surau Al-Ikhsan, Pos Lebir. Pengisian utama program ini adalah program berbuka puasa, solat Terawih dan bersahur bersama masyarakat orang asli islam. Peserta program pula terdiri dari semua golongan penduduk masyarakat orang asli di kampung ini. Peserta kali ini melibatkan seramai 80 orang .Penerapan tentang aspek berpuasa ini merupakan suatu hikmah dan motivasi  yang diharapkan dapat meningkatkan semangat masyarakat orang asli untuk melatih puasa di bulan ramadhan. 












PROGRAM IHYA RAMADHAN DI POS BLAU, GUA MUSANG, KELANTAN


Program Ihya’ Ramadhan 1433H di Pos Blau, Gua Musang, Kelantan telah diadakan pada 14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433H bertempat di surau PMOA JAKIM, Pos Blau. Pengisian utama program ini adalah majlis berbuka puasa, tazkirah, solat Terawih dan jamuan moreh bersama masyarakat orang asli beragama islam. Peserta kali ini melibatkan seramai 70 orang Asli yang beragama Islam. Program Ihya Ramadhan ini adalah anjuran PMOA JAKIM.

















PROGRAM ZIARAH UKHWAH ORANG ASLI DI KOA MENDROP, GUA MUSANG KELANTAN BERSAMA YAYASAN TAQWA & YADIM









Monday 28 November 2011

PROGRAM MESRA MINDA PELAJAR ORANG ASLI CEMERLANG BERSAMA PELAJAR SEK. KEB. AYER MERAH, MACHANG KELANTAN

Pada 1 & 2 November 2011, PMOA JAKIM Kelantan telah menjadi urusetia Program Mesra Minda Pelajar Orang Asli Cemerlang Bersama Pelajar Sek. Keb. Ayer Merah, Machang Kelantan. Seramai 8 Orang pelajar Asli cemerlang telah di bawa ke program ini.

PMOA Nik Zaki memperkenalkan pelajar Orang Asli cemerlang kepada pelajar SK Ayer Merah

PMOA Us Sahabudin mengimamkan Solat Isyak

Penyelaras PMOA memberi sedikit taklimat kepada ibubapa & pelajar

Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan dan di kemudikan oleh PMOA & pelajar Asli cemerlang

Guru Besar SK Ayer Merah memberikan cenderamata kepada PMOA & pelajar Asli cemerlang

PMOA Us. Nik Zaki memberi cenderamata kepada Guru Besar SK Ayer Merah bagi pihak JAKIM

Tuesday 15 November 2011

Sekalung Tahniah dan Syabas dari Warga PMOA Negeri Kelantan Kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman Mustapha; KP JAKIM

Seluruh warga kerja PMOA Negeri Kelantan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-42.
Dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran pada 12 November 2011 (Sabtu) baru-baru ini, Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha telah dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.).
Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Sesungguhnya ia merupakan harapan dan kebanggaan bagi kami kepada Y.Bhg. Dato’ yang sememangnya layak dengan gelaran tersebut. 
Kami seluruh warga PMOA Negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim di atas penganugerahan tersebut. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan mempermudahkan segala urusan Y.Bhg. Dato’ bagi mentadbir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.)

Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-42.

Y.Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim bersama isteri.

Saturday 22 October 2011

KEHIDUPAN PMOA JAKIM KOA GALANG DI DALAM LAPORAN KHAS RTM

Pada Februari 2011, Radio Televisyen Malaysia(RTM) telah membuat laporan dan menyiarkan dalam Laporan Khas di TV 1 tentang kehidupan PMOA dalam menyebarkan agar Islam di KOA Galang, Pos Hau sempena dengan sambutan MaulidurRasul. Laporan ini di siarkan 2 hari berturut-turut di RTM.

Laporan 1

Laporan 2